Tuesday, July 15, 2008

Ayat Ayat Cinta

Apakah kau Ayat-Ayat Cinta … 
Mainan hati atau ungkapan sahaja 
Pernah sekali ku bermimpi tentangnya 
Bayangannya teramat luar biasa

Cantiknya kau Ayat-Ayat Cinta … 
Sesaat sahaja membutakan bicara 
Tiada kata setanding rupanya 
Tiada rupa seindah tutur katanya
 
Siapakah kau Ayat-Ayat Cinta … 
Cahaya matamu menyinari dada 
Bisikan suaramu memikat jiwa 
Kau umpama bidadari syurga

Wujudkah kau Ayat-Ayat Cinta …
Hingga kini tiada susulan ceritanya 
1001 persoalan bermain di kepala 
Bertanyakan misteri kata-katanya 

Dimanakah kau Ayat-Ayat Cinta … 
Di Selatan atau di Utara? 
Akan ku jejaki seluruh dunia 
Mencari kata-kata hatinya 

Bersedialah kau Ayat-Ayat Cinta … 
Pencarianku telah pun bermula 
Bakal tiba waktu kita bersama 
Hanya takdir yang menentukannya